"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah yg diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yg pertama-tama berserah diri (muslim)."

Monday, January 4, 2010

Surau yg dicemari?

Surau..
Bagiku ia adalah sebuah bangunan yg suci..
Di situlah penumpuan setiap aktiviti..
Di situlah semua orang bersatu, bertemu dan berpisah..
Di situ juga ketenangan mampu dicari..

Namun,
Sejak kebelakangan ini,
Ketenangan itu telah dicarik oleh segelintir orang..
Lantaran menjadi tempat latihan..

Bagiku,
Tidak kisah jika hendak dijadikan tempat latihan,
Namun,
Pastikan adab-adabnya terjaga..
Bukan,
Dengan suasana yg riuh-rendah,
Pelbagai jenis bahasa yg keluar,
Mencemarkan isi surau tesebut..
Menganggap orang sekeliling tidak wujud..

Arghhh!!
Ana ingin sekali menegur mereka..

"Minta maaf, cuma mahu menegur..
Sini surau..Tolong jaga kehormatannya..
Tolong perlahankan suara..Ada orang nak solat..
Surau ni untuk orang cari ketenangan..
Jangan cemarkannya dengan suara-suara akak..
Terima kasih.."

Namun,
Itu semua hanya mampu kedengaran di suara hatiku..
Asyik memberi peluang kepada mereka untuk menyedarinya,
Hingga akhirnya tiada semangat lagi untuk menegur..

Ya Allah,
Sehingga bila aku harus menyuarakannya dalam hati?
Sampai bila aku perlu menyimpan sifat ini?
Moga ianya dapat diubah satu hari nanti..
Cuma..cepat atau lambat sahaja..
Moga aku diberi keberanian..
Amin..

1 comment: