"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah yg diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yg pertama-tama berserah diri (muslim)."

Friday, January 1, 2010

Azam baru

Tahun baru telah pun masuk..
Azam baru akhirnya diniatkan..
Walaupun terlewat 14 hari,
InsyaAllah tetap akan dilaksanakan..

Ya Allah,
Shukran kerana mengurniakan kepadaku teman-teman yg baik,
Shukran kerana membukakan mataku tentang masalah Islam,
Shukran kerana memberi kekuatan jemaah untuk menyelesaikannya..

Alhamdulillah,
Dengan tahun yg baru, azam yg baru, dan pelaksanaan yg baru,
Islam tahun ini akan kami meriahkan dengan perubahan yg baru,
Akan kami banteraskan jenayah-jenayah Islam yg berlaku..

Ya Allah,
Bantulah hamba-hambaMu dalam melakukan amar ma'aruf nahi mungkar,
Bantulah hamba-hambaMu untuk berdakwah menegakkan perintahMu,
Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi segala dugaan yg mendatang..

Moga dengan tahun yg baru ini,
Islam akan melangkah ke hadapan,
Moga dengan tahun yg baru ini,
Aku akan lebih berani menegakkan agamaMu..

InsyaAllah,
Akan kami jalankan tanggungjawab kami sebagai hambaMu,
Moga Kau beri kekuatan kepada kami,
Moga Kau beri semangat kepada kami,
Dalam menjadi mujahadah Islam..

Amin..

"Wahai orang-orang yg beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (47:7)

"Kerana itu hendaklah orang-orang yg menjual kehidupan dunia untuk (kehidupan) akhirat berperang di jalan Allah. Dan barang siapa yg berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan Kami berikan pahala yg besar kepadanya."
(4:74)

No comments:

Post a Comment