Surau..
Bagiku ia adalah sebuah bangunan yg suci..
Di situlah penumpuan setiap aktiviti..
Di situlah semua orang bersatu, bertemu dan berpisah..
Di situ juga ketenangan mampu dicari..
Namun,
Sejak kebelakangan ini,
Ketenangan itu telah dicarik oleh segelintir orang..
Lantaran menjadi tempat latihan..
Bagiku,
Tidak kisah jika hendak dijadikan tempat latihan,
Namun,
Pastikan adab-adabnya terjaga..
Bukan,
Dengan suasana yg riuh-rendah,
Pelbagai jenis bahasa yg keluar,
Mencemarkan isi surau tesebut..
Menganggap orang sekeliling tidak wujud..
Arghhh!!
Ana ingin sekali menegur mereka..
"Minta maaf, cuma mahu menegur..
Sini surau..Tolong jaga kehormatannya..
Tolong perlahankan suara..Ada orang nak solat..
Surau ni untuk orang cari ketenangan..
Jangan cemarkannya dengan suara-suara akak..
Terima kasih.."
Namun,
Itu semua hanya mampu kedengaran di suara hatiku..
Asyik memberi peluang kepada mereka untuk menyedarinya,
Hingga akhirnya tiada semangat lagi untuk menegur..
Ya Allah,
Sehingga bila aku harus menyuarakannya dalam hati?
Sampai bila aku perlu menyimpan sifat ini?
Moga ianya dapat diubah satu hari nanti..
Cuma..cepat atau lambat sahaja..
Moga aku diberi keberanian..
Amin..
Monday, January 4, 2010
Semangat berjihad
Assalamualaikum w.b.t..
Entah kenapa, sejak kebelakangan ini..
Semangatku untuk berjuang amat tinggi..
Adakah disebabkan pengaruh bulan MPI?
Tapi ana bersyukur ke hadrat Illahi,
Kerna dikurniakan semangat ini,
Dalam memperjuangkan agama Islam,
Bukan sekadar duduk berteleku..
Perasmian MPI buat julung-julung kalinya ku menghadiri,
Membuakkan perasaan untuk mengembalikan zaman khalifatullah,
Menggetarkan jiwa dalam mengingati sirah nabawi..
Membarakan semangat melihat perjuangan tokoh-tokoh Islam..
Rindunya ana pada zaman itu,
Sungguh kepingin untuk melihat kembali zaman kemenangan Islam..
Di mana tamadun Islam berdiri megah..
Mengalahkan semua laknatullah-laknatullah itu..
Moga diri ini diberi kesempatan dan kekuatan,
Untuk bangkit semula dalam lelah yg panjang..
Membersihkan kembali debu hitam,
Membentuk sebuah jemaah yg berkarisma,
Dengan niat dan cita yg sama,
Mengembalikan tamadun Islam yg gemilang,
Di mana terpasaknya kalimah Lailahaillallah di setiap pelusuk dunia..

Friday, January 1, 2010
Azam baru
Tahun baru telah pun masuk..
Azam baru akhirnya diniatkan..
Walaupun terlewat 14 hari,
InsyaAllah tetap akan dilaksanakan..
Ya Allah,
Shukran kerana mengurniakan kepadaku teman-teman yg baik,
Shukran kerana membukakan mataku tentang masalah Islam,
Shukran kerana memberi kekuatan jemaah untuk menyelesaikannya..
Alhamdulillah,
Dengan tahun yg baru, azam yg baru, dan pelaksanaan yg baru,
Islam tahun ini akan kami meriahkan dengan perubahan yg baru,
Akan kami banteraskan jenayah-jenayah Islam yg berlaku..
Ya Allah,
Bantulah hamba-hambaMu dalam melakukan amar ma'aruf nahi mungkar,
Bantulah hamba-hambaMu untuk berdakwah menegakkan perintahMu,
Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi segala dugaan yg mendatang..
Moga dengan tahun yg baru ini,
Islam akan melangkah ke hadapan,
Moga dengan tahun yg baru ini,
Aku akan lebih berani menegakkan agamaMu..
InsyaAllah,
Akan kami jalankan tanggungjawab kami sebagai hambaMu,
Moga Kau beri kekuatan kepada kami,
Moga Kau beri semangat kepada kami,
Dalam menjadi mujahadah Islam..
Amin..
"Wahai orang-orang yg beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (47:7)
"Kerana itu hendaklah orang-orang yg menjual kehidupan dunia untuk (kehidupan) akhirat berperang di jalan Allah. Dan barang siapa yg berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan Kami berikan pahala yg besar kepadanya."
(4:74)

Subscribe to:
Posts (Atom)