"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah yg diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yg pertama-tama berserah diri (muslim)."

Wednesday, December 16, 2009

Result imtihan

Hari ini result imtihan baru diperolehi..
Entah kenapa kali ini, debaran yg kurasa tidak sekuat kali pertama dahulu..
Aku seolah-olah tidak kisah lagi dengan resultnya..
Tiada lagi kegusaran di dalam hatiku..
Bukan kerana cemerlangnya aku..
Tapi kerana aku telah menyerahkan segala-galanya pada Allah..

Result kali in tidaklah membanggakan..
Malah jatuh daripada yg pertama..
Tapi alhamdullah, Allah telah membuatkan aku berlapang dada menerimanya..
Aku tidak bersedih, malah rasa bersyukur kerana masih lulus..

Bila kurenungkan kembali untuk imtihan ke-2 ini..
Persediaanku lebih bagus daripada sebelum ini..
Tapi mengapa resultku lebih teruk berbanding sebelum ini..
Bukan untuk mempersoalkan takdir, cuma untuk bermuhasabah..

Apabila aku bermuhasabah, mungkin ada hikmah yg Allah sorokkan..
Mungkin jika sebelum ini aku hanya merasai kejayaan,
Akhirnya aku dapat rasai pengalaman kecundang..

Aku bersyukur pada takdir ini..
Kerana Allah memberinya di saat aku benar-benar kuat..
Di saat aku benar-benar telah menyerahkan segala-galaNya pada Dia..
Tidak disedihkan hatiku atas kecundangan ini..
Bukankah Allah telah berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(2:286)

Terima kasih Allah=]

imtihan = peperiksaan

No comments:

Post a Comment