"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah yg diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yg pertama-tama berserah diri (muslim)."

Wednesday, December 23, 2009

Hulurkan tanganmu

Biasa dengar dengan ayat-ayat ini?

"Alamak, malasnya pulak nak tolong!"
"Aduh, letih la..Lain kali aku tolong ye."
"Alamak, duit dlm bank tinggal sikit je ni.."
"Nanti bajet terlebih la pulak!"

Ana pernah mengungkapkan sebahagian daripadanya..
Apabila memikirkannya, ana kembali bermuhasabah diri..

Bukankah kita ini dicipta Allah..
Maka siapakah pemilik kita?
Iye, Allah..
Siapa pula pemilik makhluk-makhluk lain?
Iye, Allah juga..

Kita ni hanya pinjaman semata-semata.
Setiap apa yg ada pada diri kita, bukan milik kita..
Harta, makanan, pakaian, apa-apa sahaja..

Tapi....
Kenapa apabila org meminta pertolongan kita menolaknya?
Kenapa terlalu payah untuk mengeluarkan wang berbelanja?
Ana tidak merujuk pada sesiapa..
Cuma bermuhasabah diri..

Kita seharusnya besyukur kerana dikurniakan kudrat dan kemampuan melakukan kerja..
Punyai wang untuk berbelanja..
Tidak perlu meminta-minta..
Semuanya datang dari Allah..
Jadi kenapa kita perlu menyembunyikannya?

Ana pernah terfikir..
Kalau ana belanja dia, nanti terover bajet pula..
Macam mana ana nak saving?

Kemudian..
Baru ana perasan..
Wang itu datangnya dari Allah..
Bukan kepunyaan ana..
Kenapa perlu simpan untuk kepentingan diri sahaja?
Bukankah elok kalau mengeluarkannya untuk perkara yg elok..

Lantas pemikirian itu dibuang jauh..
Mencuba untuk lebih bermurah hati..
Apabila mengingatkan bahawa rezki itu datang dari Allah,
Alhamdulillah ana tak lokek mengeluarkan wang..
Untuk membelanjakannya di atas benda yg berfaedah..
Tidak perlu gusar seperti dahulu jika kehabisan wang..

Setiap tenaga yg bersisa akan kugunakannya untuk membantu org selagi terdaya..
Lagipun, semuanya kuasa Allah..
Jika tiada pertolongan Dia, maka tidak akan dapat kuberbuat apa-apa..

Apabila memikirkan seperti itu,
InsyaAllah, setiap bantuan yg dihulurkan pasti terasa kemanisannya..
Walaupun kekadang badan terasa letih,
Namun hati yg riang itu mengatasi segala-galanya..
Anda pasti tersenyum setelah itu..

Jadi, jika ada bantuan yg diminta,
Hulurkan tanganmu dengan niat yg ikhlas..

InsyaAllah, selagi termampu,
Huluran tanganku sentiasa terbuka menyambut dirimu..
Jika masih bersisa duitku,
InsyaAllah akan kugunakannya dengan sebaiknya,
Asalkan segala niat adalah kerana Allah dan mendatangkan manfaat/kebaikan..

Wallahualam.

1 comment:

  1. ukhti, tangan y memberi itu lebih baik dari tangan y menerima.

    ReplyDelete