Alhamdulillah..
Hari ini aku terasa diriku sangat disayangi Allah..
Bukan hari ini ajela, cuma hari ini aku dapat mencatitkannya..
Alhamdulillah..
Apa yang ku inginkan, Allah memberinya..
Aku terbayang jika di syurga, macam inilah gambarannya..
Maka beruntunglah mereka..
Pagi ini,
Aku terasa mengantuk sekali..
Ketika datang ke kuliah,
Hajatku untuk singgah ke Aini Market dibatalkan,
Kerana risau tiada tempat duduk di hadapan..
Apabila rakanku hendak ke Aini,
Terasa ingin ku meminta tolong padanya,
Untuk mebeli gula2 vitaC,
Tetapi mengenangkan menyusahkan orang,
Maka aku batalkan juga..
Apabila kuliah hampir bermula,
Tiba-tiba rakanku memanggilku..
Dan memberikan aku sepaket vitaC..
Aku terkejut..
Ya Allah, bagaimana dia mengetahui aku mahukan gula2 itu?
Ya Allah, aku bersyukur padaMu..
Kerana Kau memberi apa yg kuinginkan..
Apa yang terlintas di dalam hati dan fikiranku..
Alhamdulillah, Subhanallah!
Tengah hari itu,
Aku teringin untuk membeli lauk kegemaranku di Nurani,
Tiba-tiba rakanku meminta tolong untuk menemaninya mnyelesaikan urusan,
Di dalam hatiku, xpela..InsyaAllah sempat..
Tiba-tiba rakanku yg lain jatuh sakit..
Kami menolongnya membawa ke Jabatan Kecemasan bersama keluarganya..
Menunggu sehingga urusan di hospital selesai dan rakanku kembali pulih,
Akhirnya jam menunjukkan hampir pukul 2..
Tika itu, aku berkata di dalam hatiku..
"Nampaknya tak sempatlah nak mebeli lauk kegemaranku",
Kerana kebiasaannya lauk hampir habis pada jam itu..
Setelah pulang, aku terus ke Nurani untuk melihat lauk yang tinggal,
Niatku jika lauk sudah habis,
Maggi sahaja santapanku tengah hari itu..
Dari jauh, dengan mata yg rabun jauh,
Aku melihat di tray hujung..
Seakan-akan lauk kegemaranku berada di situ..
Aku mendekatinya dan ternyata ia benar!
Alhamdulillah, Subhanallah!
Ya Allah, Kau memakbulkan lagi apa yg kuinginkan, Ya Allah,
Subhanallah, tidak dapat aku gambarkan kesyukuranku padaMu, Ya Allah..
Dan malam ini,
Sekali lagi, nikmat diberikan kepadaku..
Hari ini, aku makan nasi tanpa bersayur..
Petang tadi niat di hati untuk membeli buah,
Untuk meneutralizekan kembali acid di dalam perutku tanpa kehadiran sayur..
Namun, buah sudah habis di kedai Kak Na..
Tiba-tiba malam ini,
rumateku memberikan aku 2 biji buah nangka,
Yang dibawa dari bilik rakannnya..
Alhamdulillah, Subhanallah!
Ya Allah, Pengasihnya Engkau kepadaku,
Pemurahnya Engkau pada hambaMu ini,
Sayangnya Engkau pada diriku ini..
Aku amat bersyukur di atas kurniaanNya hari ini..
Aku sangat-sangat sayang pada Allah..
Bukan kerana Dia mengurniakan rezeki padaku..
Tetapi kerana sayangnya Dia padaku..
Membuatku aku sangat-sangat sayang padaNya..
Walaupun aku tahu Allah akan membalasnya,
Dengan lebih-lebih-lebih sayang lagi kepada diriku..
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepada kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku".
(23:152)
"Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."
(54:31)
Ingatlah, selangkah kita mendekati Allah, beribu-ribu langkah Allah datang medekati kita..
Wallahualam.
Sunday, December 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment